Sup Tu Memang Panas

DE MI menghidupkan lagi karakter dalam menjayakan watak Aishah, pelakon berbakat besar, Noorkhiriah mengaku sanggup mencelup tangannya ke dalam sup panas, ketika menjayakan babak sup bunjut dalam drama Nur yang viral sejak malam Khamis lalu.

Me nurut pemilik nama sebenar Noorkhiriah Ahmad Shapie ini menerusi akaun Instagram peribadinya memberitahu dia tidak kisah menahan kepanasan demi menjayakan babak tersebut.

Ad a yang tanya betul ke panas kak? Ya dik…memang panas tapi tak ada lah panas meletup. Panas suam-suam sebab baru lepas dipanaskan.

“Ta pi apa ada hal,dah keja. Sauk jelah kerana itu pun membantu karakter.

“Al hamdulillah, cicak masa itu berbunyi on time pula. Maka spontan cicak pun masuk dalam dialog,” tulisnya.

Se jak kemarin, topik sup bunjut mula trending di semua rangkaian sosial media.

Ba bak itu menunjukkan  Aishah lakonan Noorkhiriah mendakwa Nur yang dijayakan Amyra Rosli sudah menyihir ahli keluarganya dan memasukkan sesuatu di dalam makanan

Di a kemudiannya sanggup mencelup sup yang masih panas untuk mencari ‘barang’ tersebut dan menunjukkan kepada ahli keluarganya.

Ba gaimanapun ia sebenarnya adalah sup bunjut.

Ba bak itu menyebabkan ramai penonton dan pengguna sosial media pecah perut kerana bahan itu diketahui ramai untuk menyedapkan masakan.

Da lam posting berbeza, selebriti berusia 39 tahun ini dalam berjenaka memberitahu dia mengenali sup bunjut dan mengetahui fungsinya. Malah Noorkhiriah juga mengaku terhibur dengan hasil kreativiti beberapa netizen yang menyunting resipi dengan tajuk Sup Ekor Bebas Sihir serta membuat video parodi aksi lakonannya.

“Ra mai pula yang menghantar gambar sup bunjut kat akak. Masa babak ini pun memang menahan gelak. Cuba bayangkan, sup itu panas-panas suam.

“Me mang kau sajakan budak prop. Tapi serius tak sangka ramai yang berdekah ketawa dengan babak ni. Tepukan untuk penulis skrip,” ujarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*