Saya takkan merayu nak minta nasihat Dr M

Te ngku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak akan ‘merayu’ kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan nasihat jika beliau pemangku presiden Umno sekarang.

Pa da sidang akhbar hari ini, Tengku Razaleigh secara tidak langsung menempelak Datuk Seri Zahid Hamidi, yang berpotensi menjadi pesaingnya, jika beliau memutuskan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno.

Za hid, yang merupakan pemangku presiden bertemu Mahathir di Putrajaya pada 6 Jun lalu. Mahathir kemudian menjelaskan Zahid telah meminta nasihatnya tentang bagaimana mentadbir Umno.

Te ngku Razaleigh enggan memberi komen secara langsung mengenai kunjungan Zahid itu, namun berkata Umno dilihat lemah jika pemimpinnya meminta nasihat dari parti lawan

“Me ngapa saya (perlu pergi dan berjumpa dengan Mahathir)? Saya mengetuai parti yang berlainan dan saya tahu beliau tidak menyokong (memberi nasihat kepada Umno), beliau telah meninggalkan Umno untuk bersama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya menjawab soalan jika beliau akan bertemu Mahathir kalau menjadi presiden Umno.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*