Satu Lagi WARAN TANGKAP ke Atas Jamal

SH AH ALAM – Satu  waran tangkap dikeluarkan  Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos kerana gagal hadir pada sebutan kes  tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Pe rintah waran tangkap itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Shah Alam Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin pada sebutan kes itu hari ini.

Ma hkamah turut memerintahkan Jamal menyempurnakan proses jaminan dengan segera.

“Ja minan masih tidak sempurna, tertuduh perlu selesaikan segera,” katanya.

Te rdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amira Haziqah Zulkifli memohon mahkamah membatalkan jaminan yang diberikan sebelum ini berikutan kegagalan menyempurkannya.

Ba gaimanapun, peguam Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili Jamal membantah dan memohon mahkamah menetapkan tarikh agar anak guamnya hadir.

Ju steru, mahkamah menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula waran tangkap.

Mo hd Imran ketika ditemui media di luar mahkamah memberitahu, anak guamnya menghadapi tiga waran tangkap.

“Ia termasuk daripada polis,” katanya.

Pa da 25 Mei lalu, Jamal mengaku tidak bersalah  memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Pe ngerusi Gabungan NGO 1Malaysia didakwa melakukan perbuatan itu  hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan jam 10.15 pagi 5 Oktober 2017.

Pe ndakwaan dikemukakan  Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM400 jika sabit kesalahan.

Ja mal dilaporkan melarikan diri pertuduhan dibuat terhadap Jamal di sebuah hospital swasta di Ampang kerana beliau sedang mendapatkan rawatan sakit belakang. Namun dia didakwa melarikan diri sebelum menyempurnakan proses ikat jamin.

Ke hilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang hari berkenaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*