Mana duit raya anak, tanya Elly Mazlein

PE NYANYI Elly Mazlein menuntut wang perbelajaan untuk persiapan hari raya anak mereka daripada bekas suaminya, Azmi Hatta.

El ly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, memuat naik status pertanyaan yang ditujukan kepada Azmi di laman Instagramnya.

“Az mi Hata, dekat nak raya ni. Duit persiapan raya anakmu mana? Duit nafkah pun tak bagi

“Tak kan persiapan raya pun tak nak bagi,” kata Elly.

Ka ta Elly lagi, suami kepada aktres Faye Kusairi itu kini mempunyai syarikat produksi sendiri namun kononnya masih mengabaikan tanggungjawab kepada anak mereka.

Pel akon dramaTeratai Kemboja ini turut mengingatkan Azmi supaya jangan bersikap kedekut dengan darah daging sendiri.

“Da h buka production house, mewah sekarang tapi tanggungjawab pada anak pula diabaikan.

“Se mpit rezeki kalau berkira dengan darah daging sendiri,” ujarnya.

Ba gaimanapun, usaha mStar Online menghubungi Azmi untuk mendapatkan kenyataan tidak berjaya.

Ell y berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Se belum ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500

Ell y mendakwa sehingga kini Azmi kononnya masih tidak menjalankan tanggujawab membayar nafkah anak mereka iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Pa da 21 Mei lalu, Elly meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya itu dipercayai mahu memisahkan dia dengan anak mereka.

Di a turut mendedahkan pengarah drama itu kononnya masih berdendam dan menganggu kehidupannya anak beranak selepas mereka bercerai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*