Johan raja lawak dapat bayi perempuan, lihat respond peminatnya ini.

PETALING JAYA: Selepas kira-kira seminggu bersalin, isteri kepada pelawak Johan iaitu Ozlynn Wati akhirnya berkongsi berita gembira apabila dia dikurniakan bayi perempuan seberat 3.9 kilogram.

Menerusi Instagram pasangan itu, Johan memberitahu bayinya dalam keadaan sihat dan begitu juga isterinya yang bersalin pada 17 Jun lalu, pada hari raya ketiga umat Islam meraikan Syawal.

“Maafkan kami suami-isteri sebab buat semua tertanya-tanya dah bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama macam mama dia.

“Raya ketiga dia tak mahu juga keluar jadi kita terpaksa memaksa baby keluar tapi tetap secara normal,” tulisnya.

Johan turut memuat naik video dan foto wajah puteri keduanya itu di laman Instagram dan ramai pengikutnya mengucapkan tahniah.

Johan berharap netizen tidak panik melihat bayinya tidur di atas pehanya kerana mereka utamakan keselamatan.

Tambah Johan, dia belum bersedia menerima sebarang kunjungan buat masa kini kerana ingin isterinya berehat.

“Jadi, sekarang papa nak mama berehat puas-puas memandangkan nanti malam dah mula berjaga untuk baby.

“Maklumlah kami tiada helper (pembantu). Jadi semuanya (diuruskan) sendiri. Bukan tidak mahu menerima kunjungan tapi papa bagi mama berehat dulu seminggu dua.

“Maklumlah nak membiasakan diri kembali dengan bayi yang masih fragile. Jadi, harap semua faham. Tapi kami akan belanja wajah puteri kedua kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyampai radio Era FM ini berharap netizen tidak cepat melatah melihat video anaknya sedang tidur di atas pehanya.

Johan berkongsi foto wajah anak kelimanya.

Menurutnya, semua orang boleh datang melawat apabila Ozlynn sudah bersedia dan Johan turut berpesan agar tidak ‘menggomol’ bayi mereka.

“Okey jangan panik tengok video tu. Pastinya keselamatan diutamakan. Maklumlah sakit pun tak habis lagi. Insya-Allah apabila Ozlynn bersedia, kamu semua boleh datang rumah.

“Ingat! Jangan berniat untuk kenyam anak aku. Aku tahu ada yang dah kancing-kancing gigi tengok gambar anak aku. Selamat datang baby,” katanya.

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*