Jamal dan video terbarunya

SA BAK BERNAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menghilangkan diri sejak 25 Mei lalu, hari ini tampil sekali lagi dalam satu video dengan imej berbeza.

Vi deo berdurasi dua minit 52 saat itu, memaparkan Jamal berlatar belakangkan dinding, memberi amanat itu di meja sambil duduk di kerusi dan mengenakan baju T warna biru serta kopiah putih di kepala.

Ja mal dalam kenyataannya berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada kepimpinan tertinggi Umno Bahagian Sungai Besar dan kepimpinan Umno cawangan empat peringkat termasuk kepimpinan terdahulu.

Ja mal dalam amanatnya itu turut memberitahu, beliau ketika ini berada dalam keadaan sihat sejahtera.

“Sa ya ingin memaklumkan apa yang berlaku ini sebenarnya dicipta oleh mereka untuk mengaibkan dan membalas dendam terhadap saya sebelum ini.

“Ma klumlah, sebelum ini saya mengeluarkan kenyataan-kenyataan pedas dan berbisa… tentunya, mereka sakit hati mendengarnya, tetapi bagi saya itu adalah pendapat yang perlu saya suarakan sebagai seorang pemimpin, walaupun pemimpin di peringkat bahagian,” katanya.

Ja mal yang turut menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda Umno dan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, beliau yakin Umno akan terus bergerak maju ke hadapan.

“Mu stahaknya ialah mesej yang ingin saya sampaikan hari ini adalah penyatupaduan Umno Bahagian Sungai Besar kerana di dalam parti ini wujud sistem demokrasi.

“Ki ta mengalu-alukan sistem demokrasi, tetapi di dalam kita memegang dan menyuburkan demokrasi di dalam Umno itu sendiri, janganlah sampai kita berpecah belah,” katanya.

Ka tanya, beliau akan terus memberikan khidmat dan mencurahkan bakti kepada Umno Bahagian itu.

“Pe rmasalahan yang saya hadapi ini tidak lama dan yakin dalam waktu yang terdekat ini, saya akan selesaikan kes-kes yang dicipta untuk saya ini,” katanya.

Pa da 25 Mei lalu, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya dikatakan disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.

Ke tua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, 1 Jun lalu.

Wa ran itu dikeluarkan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah. – Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*