Dira bakal bertanding jawatan MT, bukan ketua puteri

KU ALA LUMPUR – Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar tidak pernah mengeluarkan kenyataan beliau akan atau tidak bertanding di kerusi Puteri Umno.

Me nurutnya, segala spekulasikan di media sosial itu adalah datang daripada pihak ketiga atau keempat namun bukan daripadanya.

“Ini merupakan kenyataan pertama daripada Puteri Umno dan kerana sebab itu mana-mana rakan yang bertanya, saya akan beritahu tunggu kepimpinan umumkan.

“Ha ri ini beberapa nama disebut untuk bertanding di tempat berbeza dan saya nak tekankan saya akan bertanding di Majlis Tertinggi dengan izin,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco Puteri Umno di Menara Onn, petang tadi.

Di ra berkata, kepimpinan Puteri telah mengumumkan supaya terdapat kelonggaran dan pengecualian syarat tempoh keahlian untuk bertanding.

Ka tanya, kelonggaran itu sebagai usaha memberi ruang kepada ramai golongan muda untuk bertanding memandangkan kebanyakannya cemerlang.

“Ji ka Umno masih menetapkan ikut perlembagaan ikut tempoh, saya percaya Puteri Umno akan cuba menyelesaikan sekiranya perlu itu terpulang kepada mereka.

“Sa ya akur dan boleh berkongsi hingga setakat itu dan akhirnya biarlah Majlis Tertinggi dan Puteri Umno dan ketua sayap selesaikan,” katanya yang mengakui ia datang dari sebulat suara, bukan dari individu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*