Adibah Noor tak faham sebutan bahasa Inggeris Haqiem Rusli

SE LEPAS dua singlenya sebelum ini, Segalanya dan Tergantung Sepi mendapat sambutan hebat daripada penonton, penyanyi sedang meningkat naik, Haqiem Rusli kini tampil dengan buah tangan terbaharunya, Jatuh Bangun.

La gu berentak rancak ini mendapat respons yang pelbagai daripada peminat Haqiem, apatah lagi ia turut menampilkan lirik bahasa Inggeris di mana  ia dilihat sebagai percubaan berani Haqiem untuk mencari kelainan.

Na mun apa yang menarik perhatian, penyanyi Adibah Noor turut memberikan responsnya berkenaan lagu ini di laman Twitter miliknya hari ini.

“De ar adik Haqiem Rusli, Aunty suka sangat lagu Jatuh Bangun adik tu. Beat catchy, suara pun sedap. Sesuai dengan cita rasamuzik terkini.

“Cu ma part English tu, apakemendanyelaaa yang adik sebut tu? Thanks. Love, Aunty Diba,” tulisnya.

Tw eet Adibah telah mendapat perhatian daripada ramai netizen yang turut bersetuju dengan teguran tersebut.

Ad a yang mencadangkan agar Haqiem agar memperbaiki sebutan bahasa Inggerisnya dengan Adibah yang sebelum ini merupakan guru bahasa Inggeris.

“Ya. Aunty boleh ajar sikit-sikit supaya boleh up lagi dalam sebutan,” balas Adibah.

Ba gaimanapun ada juga segelintir di antara mereka yang cuba mermpertahankan Haqiem dengan memberikan pelbagai alasan.

Ap a pun semoga Haqiem melihat teguran ini dengan hati yang terbuka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi penyanyi yang lebih baik pada masa akan datang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*